Sabtu, 17 Oktober 2009

Kenyataan Rasmi MANHAL PMRAM Berkenaan Dengan Isu Pemakaian Niqab/Purdah



Banyak orang macam still nak salahkan al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi. Hasil temuramah majalah al-Musowwar dengan beliau menjelaskan mengapa beliau mengambil tindakan meminta pelajar wanita yang masih kecil itu untuk membuka purdah. Ini kerana beliau terperanjat ada pelajar perempuan yang memakai purdah di dalam bilik kelas yang hanya ada pelajar perempuan.

Suka untuk mendedahkan kepada para pembaca bahawa kelas di dalam sekolah rendah, menengah dan universiti al-Azhar tidak mencampurkan antara pelajar lelaki dan perempuan.

Maka diharap masyarakat Malaysia tidak terlalu cepat dalam membuat kesimpulan berbaur negatif terhadap al-Syeikh Muhammad Sayyid al-Tantawi.

Saya sertakan di bawah kenyataan rasmi MANHAL PMRAM.

Sumber: http://pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=704:kenyataan-rasmi-manhal-pmram-isu-pemakaian-niqabpurdah&catid=8:isu-semasa&Itemid=70

*******************

Berikut adalah pendirian MANHAL PMRAM berhubung dengan isu niqab yang membabitkan al-Imam al-Akbar Prof. Dr. Muhammad Sayyid Muhammad Tantawi.

1. Permasalahan pemakaian niqab/purdah bagi wanita adalah merupakan perselisihan dalam perkara cabang (furu') di dalam perbahasan hukum. Berikut adalah kesimpulan pandangan para fuqaha terhadap masalah pemakaian niqab/purdah:

Mazhab Hanafi: Wajah dan pergelangan tangan bukanlah aurat tetapi diharamkan bagi lelaki ajnabi untuk melihatnya apabila disertai dengan syahwat.

Mazhab Maliki: Wajib bagi seorang wanita untuk menutup muka dan pergelangan tangan apabila berada bersama lelaki ajnabi

Mazhab Syafi`e: Tidak wajib menutup muka dan pergelangan tangan. Namun pandangan muktamad di sisi Mazhab Syafi`e adalah wajib menutup muka dan pergelangan tangan.

Mazhab Hambali: Wajib menutup muka dan pergelangan tangan.

2. Kenyataan Imam al-Akbar Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi yang telah disiarkan oleh media tempatan dan luar adalah tidak tepat dengan situasi sebenar bahkan telah diputarbelitkan.

3. Majlis Tertinggi al-Azhar al-Syarif yang bersidang pada 8/10/2009 telah membuat beberapa keputusan berkenaan isu pemakaian purdah seperti berikut:

a) Para pelajar perempuan dibenarkan untuk memasuki premis al-Azhar al-Syarif secara berniqab. Wanita yang berniqab tidak boleh dihalang daripada memasuki perkarangan al-Azhar al-Syarif

b) Para pelajar perempuan dibenarkan memakai niqab apabila ada orang lelaki bersama mereka di dalam premis al-Azhar

c) Para pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai niqab di dalam bilik-bilik kelas kerana semua pelajar adalah perempuan. Larangan ini berkuatkuasa apabila guru yang mengajar juga adalah perempuan

d) Para pelajar perempuan tidak dibenarkan untuk memakai niqab sewaktu peperiksaan berlangsung. Maka para pengawal semasa peperiksaan berlangsung hendaklah di kalangan wanita.

e) Majlis Tertinggi al-Azhar bukanlah menghalang wanita daripada memakai niqab dalam kehidupan seharian mereka sebaliknya Majlis tidak bersetuju niqab dipakai pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya yang akan memberikan kesan yang negatif pada pemikiran kanak-kanak lebih-lebih lagi pandangan yang mengatakan bahawa wajah wanita wajib untuk ditutup adalah pandangan minoriti fuqaha Islam.


4. Setelah meneliti dan mengkaji perkara di atas, Markaz Pengumpulan Kajian dan Hasilan Penyelidikan ( MANHAL ) PMRAM menegaskan beberapa perkara untuk diambil perhatian:

a) Memahami bahawa masalah khilaf tidak sepatutnya menjadi pertikaian dan perselisihan berdasarkan kaedah yang berbunyi:

" لا يُنْكَرُ الْمُخْتَلَفُ فِيْهِ ، وَإِنَّمَا يُنْكَرُ الْمُجْمَعُ عَلَيْهِ "

yang bermaksud:

"Perkara yang berlaku khilaf tidak perlu untuk dipertikaikan sebaliknya perkara yang perlu untuk dipertikaikan adalah apabila perkara tersebut merupakan perkara yang disepakati oleh para ulama secara Ijmak."

Oleh itu, umat Islam dibolehkan untuk mengambil mana-mana pandangan para fuqaha.

b) Menghormati al-Azhar al-Syarif sebagai satu institusi keilmuan Islam yang diiktiraf sejak dulu hingga sekarang kerana bermanhaj dengan manhaj ilmu yang sederhana (wasatiah)

c) Bersangka baik dengan para ulama sekiranya timbul usaha untuk melaga-lagakan antara mereka dalam sesuatu isu serta merujuk terus kepada sumber yang boleh dipercayai

d) Tidak melupakan isu utama yang disepakati oleh ulama iaitu wajib menutup aurat disebabkan terlalu membesarkan masalah furu'.

e) Semua pihak perlu menghormati ketetapan yang diluluskan oleh al-Azhar al-Syarif dan membenarkan pemakaian niqab/purdah di premis-premis dan rumah-rumah negeri.

Kenyataan ini telah disepakati melalui perbincangan pihak felo MANHAL PMRAM seperti berikut:

1. Mohd Juzaili b. Juhan
2. Mohd Khairi b. Abdullah
3. Hairul Nizam b.Mat Husain
4. Mohd Fakerei b. Mahyudin

Delegasi Pakatan Rakyat







Jangan Ikut,Bahaya!

Petikan dar Berita Harian
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengadakan perjumpaan dengan penuntut Malaysia di Mesir dan Jordan dalam usaha menggalakkan mereka berkhidmat sebagai guru Jawi, Al-Quran, bahasa Arab dan Fardu Ain (J-Qaf) selepas menamatkan pengajian kelak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom, berkata langkah itu sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memperluaskan J-Qaf ke peringkat sekolah menengah berikutan pelaksanaan baik program itu di sekolah rendah ia sejak diperkenalkan pada 2005.

"Kerajaan komited untuk memperluaskan J-Qaf sehingga ke peringkat sekolah menengah setelah melihat kejayaan program ini di sekolah rendah, tetapi setelah dikaji tenaga pengajar untuk melaksanakannnya masih tidak cukup," katanya kepada pemberita

Gempa Bumi di Sumatera

1. Gempa bumi yang berlaku di Padang dan Jambi Sumatera pada 30 september dan 1 oktober baru - baru ini cukup memilukan .

2. Kemusnahan dan kebinasaan akibat gempa bumi yang dahsyat ini sukar untuk dianggar . Musnah harta benda dan binasa segala nyawa .

3. Namun peristiwa sedemikian tidaklah berlaku secara spontan atau hanya fenomena alam sebagaimana yang sering diungkapkan oleh mereka yang tidak beriman kepada Qadha' dan Qadar Allah swt .

4. Al Quran [ wahyu Allah swt ] telah menegaskan beberapa peringatan yang boleh di dapati dalam banyak surah dan ayat guna membimbing ummat manusia agar beriman , bertaqwa dan mengabdikan diri kepada Allah swt .

5. Antara yang menarik sekaligus membuktikan mukjizat al Quran ialah keselarasan ayat quran dengan peristiwa gempa bumi di Padang Sumatera . Gempa bumi yang berlaku di Padang pada 30 september tempohari ialah tepat jam 5.16 pm [ atau jam 17:16 ] dan gegaran kedua berlaku pada jam 5. 58 pm [ atau jam 17 : 58 ] . Sementara esoknya [ 1 Oktober ] jam 8.52 am berlaku gegaran susulan di Jambi .

6. Apabila kita laraskan masa berlaku gempa bumi dengan surah dan ayat al quran , kita akan temui persamaannya seperti berikut . [ Jam 17 : 16 = Surah ke 17 ayat ke 16 ] [ Jam 17 : 58 = Surah ke 17 ayat ke 58 ] [ Jam 8:52 = Surah ke 8 ayat ke 52 ]


7. Secara indeksnya surah ke 17 ialah surah al Israa' sementara surah ke 8 ialah surah al Anfaal .
و إذا أردنا أن نهلك قرية أمرنا مترفيها ففسقوا فيها فحق
kimura_ritch: 17.16: “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”
و إن من قرية إلا نحن مهلكوها قبل يوم القيامة إو معذبوها عذابا شديدا كان ذلك في الكتاب مسطورا

17.58: “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”
كدأب آل فرعون و الذين من قبلهم كفروا بأيات الله فأخذهم الله بذنوبهم إن الله قوي شديد العقاب
8.52: (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

8. Ayat - ayat di atas jelas menunjukkan azab dan musibah yang Allah swt timpakan ke atas sesebuah negara atau negeri lantaran penghuninya derhaka kepada Allah swt . Ia boleh berlaku dan telah berlaku di hadapan mata kepala kita biarpun jauh di negara orang untuk menjadi iktibar buat seluruh ummat manusia .


RENUNG2 KAN LAH ....

Jumaat, 4 September 2009

Selasa, 7 Julai 2009

Orang Melayu benci orang masuk Islam?


mohroslan

"Artikel ini berbeza dengan artikel biasa saya yang berkaitan politik. Artikel kali ini berhubung pengalaman saya mengislamkan ramai sahabat dari kaum bukan Melayu dan sikap kaum Melayu yang seakan-akan benci melihat orang masuk Islam, secara tidak sedar. Ini lebih ketara dalam kes Shahrukhkhan dan Micheal Jackson. Mari lihat analisa lengkap dalam isu ini.

1.Tiada hajat pun
Kebanyakan orang melayu suka mencerca kaum Cina dan kaum bukan Islam lain tetapi tidak pernah berhasrat mengislamkan sesiapa. Sekiranya berhasrat, anda boleh memperkemaskan ilmu anda berhubung akidah lalu menyertai NGO seperti ABIM khususnya di bahagian Outreach.

2. Suka pertikai keikhlasan saudara baru

Inilah yang saya paling menyampah sekali! Suka benar tanya ikhlas atau tak ikhlas nak masuk Islam. Yang dah Islam 30 tahun pun belum tentu ikhlas betul jadi tak payah kecoh la dengan saudara baru. Dia baru nak belajar Islam. Ada kes seorang saudara baru ingin masuk Islam (dari German) yang datang ke Malaysia dan berhasrat nak masuk Islam. Selepas di'soal siasat' berhubung keikhlasan beliau hendak masuk Islam, samada ikhlas atau hendak berkahwin dan sebagainya, alih-alih dia balik aje, tak jadi masuk Islam! Bodo sungguh institusi terbabit. Nabi pun mengembangkan Islam dengan perkahwinan sebagai satu cara dakwah, jadi apa yang nak kecoh sangat?!

3. Isu Micheal Jackson

Ramai yang kecoih samada Micheal Jackson betul-betul Islam atau tidak. Kalau dah ada saudara baru buat sidang media kata dia masuk islam, nak tanya apa lagi?. Kenapa ramai yang teringin sangat nak bertanya samada dia Islam atau tidak? macam tak selesa sangat bila orang masuk islam.

4. isu Shahrukhkhan

Ramai benar yang iya-iya nak bunuh Shah Rukh Khan kerna tak mengikut ajaran Islam. Sepatutnya kita dakwah dia dulu. Dampingi dan jelaskan Islam padanya dulu. HAri tu dia dah datang Melaka, sepatutnya kita bagi senaskah buku ringkas yang ada penjelasan tentang kesyumulan Islam. Kalau setakat nak maki cerca aje, yes, itulah stail lazim orang Melayu..

Marilah kita berubah. Wassalam

Mederator Cina Islam :

Pagi ini YB menerima email yang memanggilnya dengan panggilan "PAS muaalaf" dan kami menjawab email tersebut seperti berikut....

"awas, kalau panggilan muaalaf ditujukan kepada saya , saya membantahnya, saya sudah 22 tahun masuk Islam mana lagi boleh dipanggil muaalaf. Inilah perangai rakyat melayu malaysia , suka sangat memanggil bangsa lain dengan muaalaf, macamlah Islam hanya milik orang melayu sahaja. sudah lama bangsa saya di malaysia dihina dengan panggilan ini, sedangkan nenek moyang kami lebih dulu dari orang melayu masuk Islam di negara china."